Sorting by

×

WARGA EMAS TERIMA PERUNTUKAN TERTINGGI DALAM BANTUAN JKM MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

SERI NEGERI 23 Julai – Statistik Penerima Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka merekodkan warga emas sebagai penerima bantuan yang terbanyak dengan peruntukan yang disalurkan bernilai RM35,482,500 dari Januari hingga Jun 2025.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin (BN-Pengkalan Batu) berkata peruntukan tersebut disalurkan kepada 10,423 penerima warga emas.

Katanya, sementara itu Bantuan Geran Pelancaran merupakan bantuan terendah diberikan iaitu kepada 15 penerima sahaja dengan jumlah peruntukan sebanyak RM75,000.

“Keseluruhan 10 skim bantuan kewangan menerusi JKM disalurkan kepada golongan sasar, selain bantuan Warga Emas dan Geran Pelancaran, lapan lagi skim bantuan kewangan membabitkan Bantuan Kanak-Kanak; Bantuan Penjagaan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik terlantar.

“Bantuan orang kurang upaya (OKU) Tidak Bekerja; Elaun Pekerja OKU; Bantuan Anak Pelihara; Bantuan AM; Bantuan Alat Sokongan dan Bantuan Segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) mengenai Bantuan JKM Melaka yang diberikan kepada warga emas pada Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, di sini hari ini.

Kalsom berkata, secara keseluruhan untuk 10 skim ini membabitkan 29,247 penerima bantuan dengan jumlah yang diperuntukkan RM79.8 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk melihat keupayaan warga emas untuk diberikan pekerjaan memandangkan analisa had jangka hayat wanita Malaysia pada usia 73 tahun dan lelaki pada usia 79 tahun.

“Kita boleh pergi ke negara-negara maju seperi Singapura dan Jepun untuk melihat bagaimana mereka menggunakan warga emas untuk membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

321
Kongsi :
Previous post KESEJAHTERAAN HIDUP GOLONGAN RENTAN TERUS DIBERI PERHATIAN
Next post SK KAMPUNG GELAM PERLUKAN DEWAN TERBUKA – EXCO