Sorting by

×

WRUR BANDA HILIR: BAUCAR BELI BELAH RINGANKAN BEBAN B40

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 1 Jun – Seramai 100 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir dalam kalangan B40 menerima baucar bernilai RM100 sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Banda Hilir di sebuah pusat membeli belah, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banda Hilir Leng Chau Yen berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu meringankan beban rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup.

Katanya, bantuan berkenaan disalurkan kepada penduduk setempat yang memerlukan bagi memberi sedikit kelegaan dalam menguruskan perbelanjaan harian.

“Seramai 100 golongan memerlukan menerima baucar dengan nilai RM100 seorang bagi membeli pelbagai barangan keperluan.

“Tujuan kita melaksanakan program ini adalah untuk meringankan beban rakyat kerana kos sara hidup kini semakin meningkat dan ramai yang berdepan kesukaran,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada program tersebut.

Mengulas lanjut, Chau Yen yang juga Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata semua penerima merupakan penduduk dalam kawasan Banda Hilir yang dikenal pasti layak menerima bantuan.

“Program seumpama ini akan terus dilaksanakan sebagai usaha mendekati rakyat serta memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post POLIS NAFI IRING KENDERAAN DIPERCAYAI DINAIKI WARGA ASING