Sorting by

×

WRUR DEKAT DI HATI RAKYAT BANDA HILIR

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 1 Jun – Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini menjelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir disifatkan sebagai sebuah program yang membawa manfaat besar kepada komuniti di sesebuah kawasan.

Rata-rata penduduk di DUN Banda Hilir memuji inisiatif turun padang seperti itu kerana ia bukan sahaja mendekatkan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan rakyat, bahkan turut membawa impak besar kepada pembangunan dan kesejahteraan kawasan tersebut.

Menurut warga emas, Peter Thomas Gomes, 69, WRUR menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri menyediakan inisiatif yang dekat di hati rakyat kerana menawarkan pelbagai kemudahan secara terus.

Dia turut menghargai penganjuran program itu kerana berpeluang mendapatkan perkhidmatan pertukaran cermin mata secara percuma yang sangat membantu dirinya dan golongan memerlukan yang lain.

“Program seperti ini memang bagus sebab dapat bantu kami dalam golongan B40 ini berjimat, dapat menukar cermin mata dengan kos yang rendah dan ada juga yang dapat tukar secara percuma bergantung kepada tahap rabun masing-masing. Kalau buat sendiri kos memang agak tinggi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nada sama turut disuarakan Maree Christina Moreira, 55, yang berharap program WRUR dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang kerana ia membawa manfaat cukup besar.

“Bila ada program seperti ini, senang kepada rakyat. Banyak Bantuan dan perkhidmatan disediakan. Kami rasa lebih dekat dengan wakil rakyat dan agensi kerajaan,” katanya yang menetap di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post ‘SAYA MAHU LIHAT ANAK KAMPUNG BERJAYA’