Sorting by

×

WRUR MACHAP JAYA: KILANG TAUGE MACHAP TARIK PERHATIAN KETUA MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

MACHAP JAYA 22 April – Meskipun sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu, mungkin ramai masih tidak sedar mengenai kewujudan kilang tauge di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Kejayaan menghasilkan tauge berkualiti hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa menarik perhatian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, untuk singgah bagi meninjau operasi dijalankan secara lebih dekat di MSM Food Industries Sdn Bhd, Menggong, di sini, hari ini.

Lawatan Ketua Menteri bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya itu turut disertai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Hadir sama  barisan Exco. Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan kenamaan lain.

Pada lawatan itu Ab Rauf meluangkan masa melawat kemudahan di fasiliti itu yang berkeluasan dua hektar dan diberikan penerangan oleh Pengurus Pentadbiran, Zola Chong Yu Qian.

Yu Qian berkata, kilang itu mula beroperasi dengan mengeluarkan 500 kilogram (kg) tauge yang dipasarkan sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan pasaran antarabangsa Singapura.

“Sekarang kapasiti pengeluaran tauge kami adalah 13 tan sehari, pada perjumpaan bersama Ketua Menteri kami juga menyuarakan beberapa hasrat yang boleh membantu meningkatkan daya saing perusahaan ini pada masa hadapan.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sudi menyantuni, mendengar keluhan dan keperluan pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

209
Kongsi :
Previous post MAIM BELA NASIB TIGA BERADIK YATIM PIATU
Next post MELAKA LULUS 606 PTK DALAM TEMPOH 3 TAHUN