
Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang peralatan perubatan RM28 juta
JOHOR BAHRU, 5 Mac – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbang pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta dalam usaha berterusan mencegah penularan wabak COVID-19.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan tersebutย kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim dalam catatan di Facebook baginda bertitah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 400 unit ventilator โnon-invasiveโ (BIPAP)ย bernilai lebih RM8 juta, manakala Jabatan Kesihatan Johor menerima pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM10 juta.
Peralatan perubatan diterima Jabatan Kesihatan Johor antaranya pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, โswabbing mobileโ dan BIPAP.
Beberapa peralatan perubatan lain juga telah disampaikan kepada Jabatan Kesihatan Johor sebelum ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN TANGGA BATU PERKUKUH JENTERA, TERIMA SOKONGAN KEDAH DAN PERAK
SUNGAI UDANG 17 Oktober โ Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu memperkukuh kesiapsiagaan jentera pilihan raya dengan sokongan kepimpinan dan...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 28 OKTOBER, KEKAL SASAR 21 KERUSI
SUNGAI UDANG 17 Oktober โ Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
TANGGA BATU PARLIMEN PERTAMA LANCAR JENTERA BN HADAPI PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 17 Oktober โ Tangga Batu menjadi kawasan Parlimen pertama di Melaka melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN)...
โBATU TENGGEKโ, PERMATA SENJA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Keindahan panorama senja di Batu Tenggek, Kampung Pasir Gembur, di sini, semakin menjadikan kawasan itu...
NILAI EKSPORT CECAH RM18.33 BILION, TIGA STRATEGI PACU INDUSTRI KOKO NEGARA
BANDA HILIR 17 Oktober - Nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko Malaysia meningkat kepada RM18.33 bilion pada 2025...
TOK RAUF SEBAK KONGSI PERJALANAN GENGGAM PHD PADA USIA 65 TAHUN
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi perjalanannya...
