
Lelaki kurang siuman mengamuk atas lori kontena ditahan
SHAH ALAM, 5 Mac – Seorang lelaki kurang siuman berjaya ditahan polis dengan bantuan pasukan bomba pagi tadi selepas mengamuk di atas sebuah lori kontena di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Indah, Kapar dekat sini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk menerima rawatan.
“Kita tidak membuka apa-apa kertas siasatan, tiada apa-apa kesalahan cuma dia kurang siuman, jadi kita bawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan psikiatri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis pula berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, anggota kita segera meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi membantu memudahkan polis untuk menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu yang tular di media sosial hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
