Sorting by

×

Zakat Melaka kutip lebih RM100 juta

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 29 November – Kutipan zakat menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) merekodkan sebanyak RM104,945,947.88 sehingga 13 November lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM60,068,878 telah disalurkan untuk membantu 8,414 asnaf dan fakir miskin.

Katanya, berdasarkan pecahan, bantuan itu disalurkan kepada 158 orang fakir, 8,000 orang miskin dan 256 mualaf melalui 25 skim bantuan yang disediakan.

“Anggaran jumlah penerima zakat bagi tahun 2023 adalah seramai 200 asnaf fakir dan 8,000 asnaf miskin berbanding pada tahun 2022, seramai 173 asnaf fakir dan 7,393 asnaf miskin.

“Bagi tujuan kutipan zakat Melaka pada tahun 2020 adalah sebanyak RM100,721,011.88; Tahun 2021 sebanyak RM106,077,327.87; Tahun 2022 sebanyak RM116,888,477.42 dan sasaran kutipan zakat pada tahun ini (2023) adalah sebanyak RM123 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad memaklumkan peningkatan kutipan zakat adalah disebabkan dua faktor iaitu kesedaran masyarakat untuk membayar zakat dan kegiatan aktif agensi zakat membuat kutipan.

“Kita laksanakan pelbagai kaedah untuk membuat bayaran zakat, iaitu melalui pembayaran dalam talian, pemotongan gaji sektor awam dan swasta, van bergerak, portal rasmi, melakapay dan pelbagai lagi kaedah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

850
Kongsi :
Previous post DUN Melaka lulus kadar saraan baharu
Next post RM300,000 untuk Sukan Melaka 2024
Ubah saiz-+=