1,000 ‘jalan-jalan malam’ di Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 20 Ogos – Suasana malam di Banda Hilir meriah dengan kehadiran orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti ‘jalan-jalan malam’ (Fun Run) sempena Malam Belia Berkarya, Santai @Banda Hilir.

Program yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, di sini, malam tadi, disertai kira-kira 1,000 peserta.

Program edisi pertama itu merupakan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Yayasan Belia Dunia.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati perkarangan tapak bersejarah itu mulai sesak sejak kira-kira jam 6 petang semalam dengan kehadiran pengunjung dan peserta yang mengambil bahagian.

Dalam program tersebut, peserta yang datang dari dari dalam dan luar Melaka mengambil peluang berjalan sejauh 2.5 kilometer (km) sambil menikmati permandangan malam di Bandar Melaka.

Selain ‘fun run’, Malam Belia Berkarya bertemakan 60-an itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya zumba dan persembahan khas belia.

Program tersebut dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, VP Shanmugam.

Turut hadir Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman; Presiden MGBM Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5571
Kongsi :
Previous post Ajal ketika berkonvoi
Next post TMM 2024: Menginap di hotel boleh menang kereta
Ubah saiz-+=