TMM 2024: Menginap di hotel boleh menang kereta

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 20 Ogos – Melaka menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk empat buah kereta  kepada pelancong yang datang ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

3581a09a-6799-4916-8971-a11fe8db7f76
AB Rauf ketika berucap

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran itu terbuka buat anak Melaka mahupun pelancong luar yang datang seterusnya menginap di hotel-hotel dalam negeri ini.

Katanya, kaedah itu dapat menarik minat pelancong agar menikmati percutian lebih daripada sehari di Melaka.

“Empat buah kereta ditawarkan melalui cabutan nombor bertuah setiap tiga bulan dengan syarat mereka mestilah berbelanja dengan menginap di hotel-hotel dalam Melaka tahun hadapan.

“Kita juga telah mendapat penyertaan daripada 10 buah hotel yang mahu berkolaborasi menjadi rakan (bagi) promosikan TMM2024.

“Jadi ayuh berikan sokongan kepada TMM2024 kerana inilah cerminan sebuah negeri yang lestari, aman damai dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Fun Ride & Run, Malam Belia Berkarya Santai  di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini malam tadi.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Tambah Ab Rauf, sepanjang tahun hadapan juga sebanyak 12 program pelancongan telah dirangka setiap bulan bagi memastikan sasaran 18 juta pelancong ke Melaka mampu dicapai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3888
Kongsi :
Previous post 1,000 ‘jalan-jalan malam’ di Banda Hilir
Next post 78 pegawai dan anggota berjaya tempuh ‘azab’, lulus kursus asas komando
Ubah saiz-+=