
1,000 ‘Joging Merdeka’ bersama Tun Dr. Mohd Ali
BANDA HILIR 19 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyertai Program Joging Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67, 17 Ogos lalu.
Program bertempat di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, disertai kira-kira 1,000 peserta.
Berkonsepkan amalan gaya hidup sihat, program anjuran Persatuan Joging Negeri Melaka (PJNM) itu juga merupakan sebahagian acara yang dirangka untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Bermula pada jam 8 malam, Tun Dr. Mohd Ali bersama peserta menyahut cabaran joging sejauh 3.8 kilometer (km).
Pada majlis sama, Tun Dr. Mohd Ali diberikan kejutan sempena bulan kelahiran beliau dengan acara memotong kek.
Acara kemudian diteruskan dengan Tun Dr. Mohd Ali menyempurnakan penyampaian hadiah utama cabutan bertuah iaitu berupa sebuah motosikal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
