1,000 peserta berbasikal keliling Melaka esok

Masa Membaca:58 Saat

KRUBONG 10 Disember – Lebih 1,000 peserta acara berbasikal Melaka International Tourism Endurance (Miten) 2022 akan mengelilingi negeri ini esok.

Pengarah program, Shaiful Akhmar Mohd Noor berkata, kayuhan amatur julung kali sejauh 150 kilometer itu membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata, penganjuran pertama dengan kerjasama Yayasan Generasi Malaysia itu dianggap sebagai satu permulaan dalam usaha mengangkat sukan berbasikal di Negeri Melaka agar setaraf Le Tour de Langkawi (LTDL).

“Berbeza dengan LTDL Miten 2022 ini turut melibatkan peserta amatur berusia 18 hingga 45 tahun. Peserta antarabangsa pula membabitkan penunggang dari Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Korea dan India mengambil bahagian dalam kategori ‘race’ serta ‘endurance’.

“Acara kali ini dibantu lebih 300 petugas pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya ketika ditemui pada perasmian program di Tempat Meletak Kenderaan Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Perasmian Miten 2022 disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Program dijadual berlangsung sehingga esok menyaksikan pelepasan acara berbasikal pada jam 7.30 pagi oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2407
Kongsi :
Previous post Bangunan Kerajaan Negeri perlu pasang panel solar – Exco
Next post Semua sekolah di Melaka perlu dapat pengiktirafan ‘Green Flag’ – Exco
Ubah saiz-+=