10,600 orang naik MTS dalam dua minggu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 16 Okt – Seramai 10,600 orang mengunjungi Menara Taming Sari (MTS) dalam tempoh dua minggu sejak dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober lalu.

Pengurus Jualan & pemasaran Menara Taming Sari Berhad, Mohd. Husni Husin berkata, sambutan luar biasa itu hasil daripada usaha pihaknya menganjurkan pelbagai promosi dan kempen menarik kunjungan orang ramai setelah terhenti operasi sejak 14 bulan lalu akibat pandemik COVID-19.

Menurutnya, antara usaha promosi yang digerakkan termasuklah menawarkan harga istimewa RM12 untuk pengunjung dewasa manakala RM8 bagi kanak-kanak.

“Selain menawarkan harga istimewa, kita jug menyediakan hadiah televisyen berukuran 65 inci dan dua basikal jenis ‘mountain bike’ kepada pengunjung yang bertuah sempena kempen ‘Jom Naik Menara’.

“Kita juga menyediakan pelbagai pakej dan hadiah menarik serta istimewa buat pengunjung ke MTS setiap minggu sehingga Disember ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

MTS menawarkan harga istimewa RM12 untuk pengunjung dewasa manakala RM8 bagi kanak-kanak.

Menara Taming Sari dibuka pada tahun 2008 dan mempunyai ketinggian 110 meter serta berputar 360 darjah selama kira-kira tujuh minit.

MTS mempunyai kapasiti menampung 66 orang pengunjung dalam satu-satu masa manakala nama dan rekaan MTS diambil berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

971
Kongsi :
Previous post 2,271 dikompaun sepanjang fasa PPN Melaka
Next post Pekerjaan Kalam: Communicating literatures across the Archipelago
Ubah saiz-+=