11 individu positif dadah ketika berhibur

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MELAKA 15 Jan – Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) antara 11 individu ditahan positif dadah dalam dua serbuan berasingan di pusat hiburan di Melaka Raya awal pagi tadi.

Operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan semua individu berkenaan berusia antara 19 hingga 50 tahun pada jam 2 pagi.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata pihaknya menjalankan serbuan di dua pusat di Melaka Raya dan memeriksa seramai 72 pengunjung di pusat terbabit.

Katanya, hasil daripada jumlah individu yang diperiksa, 23 daripada adalah wanita.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang lelaki kerana memiliki satu biji dadah dipercayai Erimin 5 sebelum ujian saringan mendapati dia positif dadah.

“Manakala dalam serbuan kedua, polis menahan lapan lelaki termasuk seorang pelajar IPTA di negeri ini berusia 19 tahun dan dua wanita berusia lingkungan usia 40an,” katanya.

ZULKIFLEE (dua dari kiri) turut menyertai serbuan berkenaan

Beliau berkata, lelaki dalam serbuan pertama disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala lapan individu termasuk pelajar IPTA berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1881
Kongsi :
Previous post PSF beri kebenaran bersyarat untuk Indonesia jadi tuan rumah Sukan Para ASEAN
Next post MEDAC saran PBT mudahkan permohonan lesen usahawan
Ubah saiz-+=