14 pasukan berentap dalam Dapur Panas Mualaf

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Mac – Seramai 14 pasukan dari seluruh negara berentap dalam Pertandingan Dapur Panas Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di pesisir Sungai Melaka, di sini, hari ini.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan Kerjsama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersempena Majlis Sambutan Mahabbah Tahun Baru Cina Mualaf Peringkat Kebangsaan 1445H Tahun 2024.

Setiap pasukan bertanding perlu diwakili dua peserta mualaf yang mana kesemua mereka dikehendaki menyiapkan sajian bertemakan ‘Chinese Oriental Fusion Cuisine’.

Pertandingan yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 10.45 pagi itu turut menyaksikan saingan sengit antara pasukan-pasukan yang mewakili negeri masing-masing.

Seramai empat juri profesional mengadili pertandingan terbabit dan diketuai Razman Rahman yang merupakan juri bertauliah diiktiraf World Association Of Chefs Societies (WorldChefs) merangkap Pensyarah Seni Kulinari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu.

Di akhir pertandingan, wakil Melaka, Adam Goh Koh Ming dan Mohd Firdaus Wong Abdullah dinobat sebagai johan sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta sijil penyertaan.

Tempat kedua pula dimenangi kumpulan dari Terengganu yang diwakili Muhammad Firdaus Kong Abdullah dan Nur Khaalishah Shandlaysnie yang memenangi RM3,500 beserta sijil penyertaan.

Sementara tempat ketiga dirangkul Qaseh Ghatijah Tan dan Nur Izzati Abdullah yang juga wakil Melaka, sekali gus berpuas hati dengan wang tunai RM2,500 beserta sijil penyertaan.

Kesemua hadiah kepada pemenamg disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

612
Kongsi :
Previous post Perkim Masjid Tanah aktif majukan asnaf, mualaf
Next post Beri harapan kepada pesakit kanser
Ubah saiz-+=