Sorting by

×

1,500 GAMATKAN SEMARAK REMBIA NEON WALK DATARAN KERIS

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

REMBIA 16 Ogos – Lebih 1,500 peserta berbilang kaum dan pelbagai lapisan umur menggamatkan Dataran Keris, di sini, bersempena Semarak Rembia Neon Walk, malam ini.

Acara larian santai sejauh 3 kilometer (km) itu diadakan bersempena Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

Pelepasan peserta telah disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad bersama Penyelaras DUN Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut bersama, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim dan lain-lain kenamaan.

Majlis Perasmian Penutup WRUR DUN Rembia akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pentas utama Dataran Keris.

Turut diadakan Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka dan gimik penyerahan WRUR Edisi Ke-8 yang akan diadakan di DUN Klebang, dijadual pada Oktober depan.

Untuk rekod, WRUR DUN Rembia yang bermula 3 Ogos dan berakhir malam ini, membawakan lebih 160 program yang memberi manfaat besar kepada masyarakat dan penduduk DUN Rembia.

Selain itu, sepanjang dua minggu berlangsung, pelbagai aduan dan permasalahan yang diterima daripada masyarakat setempat turut disantuni dan diberi perhatian serius mengikut portfolio Exco Kerajaan Negeri bersama pelbagai jabatan dan agensi terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

701
Kongsi :
Previous post TABIKA BERKEPERLUAN KHAS DI SETIAP DAERAH BERMULA 2027 – TPM