17 syarikat korporat, koperasi tunai zakat perniagaan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 10 Januari – Zakat Melaka menerima kira-kira RM4.3 juta zakat perniagaan bagi tahun 2022 dari 17 syarikat korporat termasuk koperasi, hari ini.

Lembaga Juruukur Tanah Malaysia yang menjadi syarikat tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan iaitu sebanyak RM1 juta, diikuti Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM762, 091.09 dan Fazil Group sebanyak RM500, 199.

Manakala Affin Islamic Bank Berhad menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM300,000; Yayasan Melaka (RM250,000); Tenaga Nasional Berhad (RM246, 874.08); Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (RM226, 953.03); Syarikat Air Melaka Berhad (RM226,025) dan Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (RM200,000).

Turut sama menyerahkan zakat perniagaan adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM195,212); Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (RM150,000); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM61,784.26); QSR Brands (M) Holdings Berhad (RM56,869) serta Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (RM50,000).

Ia kemudian diikuti Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (RM49, 323.70); IKTBM Group Sdn Bhd (RM23,580) dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad (RM20,000).

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, menerima zakat perniagaan daripada kesemua wakil agensi terbabit.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud serta Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadzil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2706
Kongsi :
Previous post Kutipan Zakat Melaka pada 2022 lebih RM116 juta
Next post Pengarah KDNKA dahului penerima darjah, pingat polis daripada Agong
Ubah saiz-+=