300 sudah terima Insentif Bantuan Khas Ibu Tunggal

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 9 Ogos- Seramai 300 ibu tunggal di negeri ini sudah menerima Insentif Bantuan Khas Ibu Tunggal secara ‘one-off’ disalurkan kerajaan negeri bermula Julai lalu.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, berdasarkan rekod, jumlah keseluruhan ibu tunggal di Melaka adalah kira-kira 5,000 orang dan daerah Melaka Tengah adalah paling ramai.

Beliau berkata, insentif itu antara yang termasuk didalam manifesto kurang mendapat sambutan berikutan syarat permohonan yang dianggap agak ketat.

“Bagaimanapun selepas kerajaan negeri melonggarkan syarat permohonan dan proses dipermudahakan setakat ini 300 orang sudah menikmati faedah insentif itu.

“Malah saya juga meminta diselaras dan diserahkan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kita mahu mudahkan urusan selain pemohon tidak perlu mengeluarkan kos untuk hadir mengambil sumbangan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Jalur Gemilang yang turut disertai Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin, di Terminal Teksi Melaka Sentral, di sini, hari ini.

Kalsom berkata, mereka yang belum mengisi borang atau menghantar permohonan diminta agar tidak mengambil masa terlalu.

“Urusan itu boleh dilaksanakan di Pejabat Japerun, meskipun jumlah tidaklah terlalu besar namun ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pembelanjaan keluarga,” katanya.

 

KALSOM pada Majlis Pra Pelancaran Jalur Gemilang yang turut disertai Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin, di Terminal Teksi Melaka Sentral, di sini, hari ini.

 

Views:

1205
Kongsi :
Previous post Rang undang-undang larangan tukar parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara -PM
Next post Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Pearly Tan – Thinaah raih emas di Birmingham
Ubah saiz-+=