Sorting by

×

36 PETUGAS KESIHATAN DITEMPATKAN DI LOKASI WTD, WTC 2025

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 19 September – Seramai 36 petugas kesihatan akan ditempatkan di lokasi penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada 27 hingga 29 September ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kesemua mereka akan berada lokasi tumpuan seperti Encore Melaka dan Hotel Double Tree, selain ada juga petugas teknikal bergerak turut dipersiapkan.

Menurut beliau, di Encore Melaka, seramai 18 petugas akan ditempatkan merangkumi pasukan kesihatan, klinik statik dan pasukan ambulans.

“Manakala di Hotel Double Tree, seramai enam petugas kesihatan ditempatkan membabitkan satu pasukan kesihatan dan klinik statik yang beroperasi selama 24 jam.

“Selain itu, sebanyak tiga pasukan ambulans merangkumi 12 petugas kesihatan pula akan terlibat dalam lawatan teknikal yang berlangsung sepanjang acara pelancongan dunia itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga Peringkat Negeri Melaka 2025 di Hotel MITC, di sini, semalam.

Jelas Hee Sem, kesiapsiagaan petugas kesihatan sepanjang WTD dan WTC 2025 mencerminkan komitmen Melaka dalam menjadi tuan rumah terbaik bagi acara bertaraf dunia.

Tambah beliau, semua yang terlibat juga telah menghadiri mesyuarat penyelarasan WTD dan WTC 2025 bagi memastikan kelancaran dan persediaan terbaik untuk tetamu serta delegasi daripada 159 buah negara yang akan berkampung di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

504
Kongsi :
Previous post ‘EX KESIDANG’ TINGKAT KESIAPSIAGAAN PASUKAN KESELAMATAN SEMPENA WTD, WTC 2025
Next post MELAKA MAHU WUJUDKAN EKOSISTEM SOKONG TRASFORMASI PERTANIAN MODEN