447,982 murid tahun satu terima bantuan awal persekolahan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MERLIMAU 11 Mac – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid tahun satu seluruh negara akan diagihkan bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata jumlah keseluruhan untuk tahun satu yang berjumlah RM67,197,300 akan mula diagihkan kepada 8,903 buah sekolah di seluruh negara,

Katanya, pengagihan BAP itu akan melibatkan seramai 447,982 murid tahun satu secara keseluruhan.

“BAP untuk murid tahun satu ini kita akan agihkan bermula minggu ini, ibu bapa tidak perlu mohon kerana pihak sekolah mempunyai segala data bagi murid yang memasuki tahun satu.

“Ibu bapa hanya perlu berjumpa dengan guru kelas murid bagi memperoleh BAP selepas pemakluman dibuat. Setiap murid akan menerima BAP bernilai RM150,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan pembukaan pengoperasian sekolah Kumpulan B, di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata di Melaka seramai 13,804 murid tahun satu akan menerima BAP bernilai RM 2,070,600.

“Manakala jumlaj pelajar tingkatan satu di Melaka yang telah menerima BAP adlaah seramai 12,502 dengan jumlah RM1,875,300,” katanya.

Tambah Azman, beliau turut memaklumkan pada sesi tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) teperuntuklah RM788 juta untuk kesemua pelajar sekolah.

“Pada sesi tahun lalu, KPM telah menyalurkan sebanyak RM702 juta daripada RM788 juta kepada murid tahun satu hingga enam, bakinya untuk anak-anak yang baharu masuk ke tahun satu sesi 2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

348
Kongsi :
Previous post Pendidikan prasekolah di Melaka akan diperluaskan
Next post Pemandu maut, tujuh penumpang cedera bas rempuh treler
Ubah saiz-+=