63 pengamal media Melaka terima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BATU BERENDAM 29 Jun – Seramai 63 pengamal media di negeri ini selamat menerima suntikan Vaksin Pfizer-BioNTech dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Composites Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn. Bhd, di sini, hari ini.

Pengamal media mula tiba di PPV CTRM seawal jam 9 pagi bagi melakukan pendaftaran serta menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Turut menerima suntikan vaksin pada hari ini adalah Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini, Anuar Shaari dan Pengarang Kanan MHI, Rizanizam Abdul Hamid.

KETUA Pegawai Operasi (COO) MHI, Anuar Shaari menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) CTRM, Batu Berendam, Melaka. Foto: MR. Azli

Sekitar jam 10.45 pagi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ismail Ali turut hadir bagi menyantuni pengamal media yang menerima suntikan vaksin.

Rata-rata pengamal media mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri serta semua pihak terlibat dalam usaha memberikan vaksin kepada pengamal media di negeri ini.

Suntikan vaksin itu sudah pasti memberi keyakinan kepada pengamal media di negeri ini untuk terus bertugas dalam di pelbagai lapangan bagi menyalurkan serta melaporkan berita.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

609
Kongsi :
Previous post Melaka catat dua kluster baharu, lima kematian semalam
Next post Melaka benarkan nikah, cerai dan rujuk melalui janji temu
Ubah saiz-+=