
72 murid sekolah rendah Gadek terima bantuan sekolah
GADEK 14 Februari – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM14,400 bagi menyalurkan sumbangan kepada murid sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek VP Shanmugam berkata, bantuan persekolahan itu diberikan kepada seramai 72 murid darjah satu hingga lima melibatkan lapan buah sekolah di DUN itu.
“Pemberian sumbangan dalam bentuk baucar bernilai RM200 kepada setiap penerima, penerima boleh gunakan baucar tersebut untuk membeli kelengkapan sekolah seperti pakaian, beg dan alat tulis di Pasar Raya Hari-Hari di cawangan berdekatan.
“Semoga sumbangan Kerajaan Negeri ini dapat membantu ibu bapa menyediakan persiapan anak-anak kembali ke sekolah.
“Terima Kasih Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang menguruskan sumbangan ini kepada pelajar DUN Gadek,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka Sesi Akedemik 2023 Peringkat DUN Gadek di sini, hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar TAPEM, Datuk Mustafa Musa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
RM1.1 JUTA BINA, BAIK PULIH 31 RUMAH WARGA SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Sebanyak RM1.1 juta diperuntukkan bagi pembinaan lapan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih 23 rumah di...
JELAJAH KETUA MENTERI BUKAN SEKADAR SINGGAH, BAWA SINAR BUAT RAKYAT SERKAM
SERKAM 27 Ogos - Daripada rumah yang uzur kepada anak-anak yang mengejar cita-cita, pelbagai denyut nadi rakyat Serkam menjadi perhatian...
KHIDMAT UNTUK RAKYAT TIDAK BERNOKTAH, TIDAK KIRA MUSIM – KM
SERKAM 27 Ogos - Khidmat Kerajaan Negeri Melaka kepada rakyat tidak pernah bernoktah dan tidak dilaksanakan mengikut musim, tegas Ketua...
BN MELAKA KEKAL PENDIRIAN PERTAHAN 21 KERUSI – AB RAUF
GADEK 27 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
