
89.5 peratus kawasan di Melaka terima 5G menjelang Disember depan
SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri mensasarkan 89.5 peratus kawasan di Melaka akan menerima rangkaian 5G menjelang Disember tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 275 lokasi berpenduduk disasarkan akan menerima liputan berkenaan.
Selain itu, menurutnya, pembangunan bagi projek hab infrastruktur gentian optik di kawasan luar bandar kini giat dibangunkan di melaka dan mensasarkan sebanyak 80 peratus kawasan di Melaka akan menerima inisiatif itu menjelang suku tahun pertama 2024.
“Untuk pembangunan ini kita turut mensasarkan di kawasan berhampiran sekolah dan kawasan perindustrian melibatkan 31 lokasi di seluruh negeri membabtikan enam di Daerah Alor Gajah, 16 di Jasin dan dua di Melaka Tengah.
“Malah,terdapat 23 lokasi tambahan pemasangan gentian optik akan dilaksanakan di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
