Tiga sektor ekonomi untuk kesejahteraan rakyat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri memfokuskan tiga sektor ekonomi utama yang berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi Melaka sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tiga sektor itu melibatkan pertanian, perlombongan dan harta tanah yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan untuk memperkembangkan sektor ini termasuklah pertama melaksanakan projek perintis iaitu projek benih padi sah di Mukim Merlimau dengan peruntukan RM300,000 yang memanfaatkan seramai 400 petani melibatkan sawah padi seluas 1.589 hektar.

“Kedua Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-EE) yang akan dibanguakan di Negeri Melaka melibatkan kawasan seluas 2,250 hektar

“Dan ketiga Kerajaan Negeri akan melaksanakan kawalan harga perumahan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat Melaka terjamin dengan memiliki rumah idaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, Kerajaan Negeri juga menyediakan 50 peratus komposisi rumah dengan harga di bawah RM400,000 di bawah pelaksanaan kawalan harga perumahan tersebut.

“Ini termasuklah pemberian diskaun ke atas harga rumah berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) dengan potongan lima hingga 10 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

533
Kongsi :
Previous post 89.5 peratus kawasan di Melaka terima 5G menjelang Disember depan
Next post TMM2024: Melaka perkenal 9 produk pelancongan baharu
Ubah saiz-+=