
94.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.
Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82 peratus atau 2,581,280 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...


