WhatsApp Image 2021-11-17 at 11.18.14 PM

95 ahli Bersatu pulang ke pangkuan UMNO

KLEBANG 17 Nov – UMNO Bahagian Tangga Batu hari ini menerima borang keahlian daripada 95 ahli Bersatu cawangan Kampung Bertam Hulu Sungai Udang.

Kesemua mereka mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan cara pentadbiran pimpinan Ketua Cawangan tersebut, kata Pengerusi Tetapnya, Ros Jihan Ab. Rahman.

Katanya, tiada keikhlasan dalam perjuangan selain lebih mementingkan diri sendiri menjadi antara punca mereka bertindak keluar daripada parti itu.

“Masalah kami dan seluruh penduduk di Kampung Bertam Hulu tidak dipedulikan.

“Walaupun aduan telah dibuat kepada pucuk pimpinan negeri, namun ia langsung tidak diendahkan.

“Atas sebab itu, saya mewakili seluruh 95 ahli cawangan Bertam Hulu malam ini mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai UMNO semula,” katanya dalam sidang media di sini, malam ini.

Borang keahlian UMNO itu telah diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Sementara itu, Mohamad Ali dalam ucapannya merakamkan rasa syukur apabila 95 individu itu bertindak kembali semula ke pangkuan UMNO.

“Saya sangat terharu kerana ahli parti yang tinggalkan UMNO telah kembali semula.

“Keputusan mereka itu dibuat kerana menyedari hanya UMNO sahaja sebuah parti yang dapat memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
photo1637029197 Previous post PRN Melaka: Lengkap vaksin, buat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang mengundi
WhatsApp Image 2021-09-21 at 18.26.08 Next post Melaka akan terima pemberian tahunan RM210 juta tahun depan – Tengku Zafrul