
Lelaki maut disengat tebuan tanah
SEGAMAT, 25 Disember – Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis, dekat Segamat, petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, PBK II Hairisyah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang semalam dan seramai tujuh anggota berserta sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS telah digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42, telah disengat tebuan tanah.
“Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELBAGAI INISIATIF UNTUK BELIA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober – Kerajaan Negeri terus menggandakan usaha memperkasa generasi muda menerusi pelbagai inisiatif dirangka, khusus bagi pembangunan...
3 SEKOLAH AGAMA DI JASIN TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER
AYER KEROH 30 Oktober - Tiga buah sekolah agama di daerah Jasin menerima sumbangan komputer bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran...
LIMA FOKUS PEMIMPIN BELIA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober - Lima penekanan perlu dijadikan fokus pemimpin belia Melaka agar setiap langkah, suara dan tindakan mereka...
BELIA MELAKA PERLU BERFIKIR DALAM TIGA DIMENSI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 30 Oktober – Golongan belia di negeri ini diminta agar tidak hanya berfikiran di luar kotak, sebaliknya perlu...
RUU TRIBUNAL ANTIBULI FOKUS KEPADA USAHA PEMULIHAN
JITRA 30 Oktober - Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli akan memfokuskan kepada usaha pemulihan semua pihak yang terlibat. Ketua Pengarah...
WRUR: DUA KELUARGA HUNI RUMAH SEMPIT TERIMA KEDIAMAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 30 Oktober - Memiliki kediaman sendiri amat melegakan Ismail Nayan, 53, sebelum ini terpaksa menumpang berteduh di rumah...
