
Inti pati Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
PUTRAJAYA 7 Jun — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini.
Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei.
Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.
Berikut antara inti pati PKPP:
* Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
* Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
* Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
* Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
298,000 BELIA MELAKA ASET PALING BERHARGA – KM
AYER KEROH 9 Julai – Di sebalik pembangunan pesat sedang digerakkan Kerajaan Negeri, golongan belia dilihat sebagai aset paling berharga...
GANDINGAN ‘TOK RAUF’, ‘TOK AJAK’ SINARI PELANCONGAN MELAKA
TELOK MAS 8 Julai - Kejayaan sektor pelancongan yang semakin mendunia dan menggamit jutaan pelancong merupakan hasil visi serta idea...
MAIM PINDAHKAN PUSARA EMPAT SEKELUARGA BERUSIA LEBIH 60 TAHUN
SERKAM 8 Julai - Pusara empat sekeluarga berusia lebih 60 tahun di Mukim Merlimau, selamat dipindahkan ke lokasi perkuburan Islam...
DURIAN PERCUMA, RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Program makan durian percuma bukan sekadar untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama rakyat, sebaliknya dilihat...
KAMPUNG PADANG SUDAH BERUBAH WAJAH
KESIDANG 8 Julai – Rumah Pangsa Kampung Padang yang dahulunya berdepan pelbagai masalah infrastruktur dan persekitaran kini berubah wajah hasil...
BUMBUNG BAHARU, BANTUAN BERMAKNA BUAT NELAYAN JAGA ISTERI HIDAP KANSER
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan kisah perjuangan hidup seorang nelayan yang bukan sahaja berdepan...

