
Dua remaja lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan di Tanjung Sedili
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian berlaku pada 12.35 tengah hari tadi dan kedua-dua remaja itu berusia berusia 15 dan 19 tahun.
“Mayat kedua-dua mangsa ditemukan pasukan penyelamat dengan bantuan oleh orang kampung,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut beliau mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Dalam pada itu Hussin turut menasihatkan orang ramai menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dengan tidak bermain air banjir.
“Tangguhkan niat untuk keluar memancing, menjala dan bermain-main air banjir di tepi sungai, longkang dan parit untuk mengelakkan musibah di kemudian hari,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...

