
Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing
R.Segaran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Dia didakwa mengelar tangan anak tiri lelakinya yang berusia 14 tahun satu bulan di sebuah rumah flat di Dang Wangi di sini pada 5 pagi 15 Dis lepas dan memaksa anak tiri perempuannya yang berusia 10 tahun satu bulan meminum air kencing melalui botol pada 7 pagi hari berikutnya di tempat sama.
Bagi kedua-dua kesalahan, Segaran didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang dengan keselamatan kedua-dua mangsa jika tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan ikat jamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Feb untuk sebutan kes. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMANGAT ‘GELOMBANG BIRU’ GEGAR MITC
AYER KEROH 24 Oktober - Gelombang biru mewarnai kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam ini, bersempena Majlis...
PRN MELAKA: VETERAN UMNO TIDAK DILUPAKAN, SEDIA BANTU BN
BUKIT KATIL 24 Oktober - Kira-kira 300 veteran UMNO dari enam bahagian di Melaka berhimpun bagi memperkukuh gerak kerja parti...
SASAR 125,000 HUFFAZ PROFESIONAL MENJELANG 2050
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Kerajaan menyasarkan melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050 menerusi kesinambungan program Transformasi Nasional 2050 (TN50),...
MELAKA SENTIASA HARGAI, JAGA KEBAJIKAN TENTERA
SUNGAI UDANG 24 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Keluarga...
DERMA DARAH, SARINGAN KESIHATAN PERCUMA TUNGGU MELAKA 8 NOVEMBER INI
BANDA HILIR 24 Oktober - Usaha meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta membantu menambah bekalan darah di Melaka bakal diperkasa menerusi...
HUFFAZ JUGA MAMPU JADI PERDANA MENTERI – AHMAD ZAHID
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pelajar tahfiz tidak seharusnya dipandang rendah kerana golongan huffaz berpotensi menjadi profesional malah pemimpin tertinggi...
