
Warga emas rugi RM115,000 terpedaya pelaburan bitcoin
SEREMBAN, 1 Feb – Seorang warga emas kerugian RM115,000 apabila wang simpanannya lesap akibat terperdaya dengan pelaburan bitcoin menerusi platform Accerx yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suri rumah berusia awal 60-an itu tertarik dengan pelaburan melalui Accerx selepas melihat iklan di Facebook dan telah berurusan dengan individu melalui aplikasi WhatsApp pada pertengahan Disember tahun lepas.
“Wanita itu membuat enam transaksi pemindahan wang secara dalam talian kepada lima akaun berbeza sejak 19 Dis 2023 hingga 12 Jan lepas, keseluruhan berjumlah RM115, 000 bagi tujuan modal pelaburan menggunakan wang simpanannya.
“Mangsa mendapati pulangan pelaburan tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun aplikasi Accerx miliknya, namun ia gagal dikeluarkan kerana masih perlu membuat pembayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang menyedari telah diperdaya, membuat laporan polis pada 26 Jan lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...

