
300 penduduk TTPH meriahkan Fun Run 2024
AYER MOLEK 1 Februari – Meskipun dianjurkan pada skala kecik Program Fun Run 2024 Taman Tambak Paya Harmoni (TTPH) baru-baru ini tetap meriah dengan disertai 300 peserta.
Jurucakap Persatuan Penduduk TTPH, program itu membabitkan lariah sejah 3.4 kilometer mengelilingi taman perumahan berkenaan.
“Peserta adalah dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak, semua berjalan lancar, meriah dan paling penting dapat merapatkan hubungan antara penduduk selain memupuk kesedaran pentingnya bersukan dalam kalangan komuniti tempatan.
“Program julung kali diadakan ini diyakini mampu membentuk amalan gaya hidup sihat dalam kejiranan kami, berdasarkan sambutan menggalakkan Fun Run ini akan dijadikan sebagai acara tahunan TTPH,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, larian turut dijayakan hasil kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak-pihak yang tampil menaja program itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPBN MELAKA BAWA SUARA BELIA, USUL 2026 DIBAHAS
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka menjadi platform penting untuk mengangkat suara...
SKUASY WANITA MELAKA AKHIRI PENANTIAN 32 TAHUN RAIH EMAS
BANDA HILIR 28 Oktober - Pasukan skuasy wanita Melaka menamatkan penantian selama 32 tahun untuk meraih pingat emas acara berpasukan...
MELAKA SALUR LEBIH RM3.4 JUTA PERKASA BELIA
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Lebih RM3.4 juta diperuntukkan bagi memperkasa program persatuan belia serta menaik taraf kemudahan sukan di...
MELAKA SEDIA RM10.9 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10.9 juta bagi pembangunan sukan sepanjang 2026, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA AGIH RM308,725 INSENTIF ATLET SUKMA DAN PARA SUKMA 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM308,725 sebagai insentif kemenangan kepada atlet mengharumkan nama Melaka pada temasya...
UTEM HARGAI USAHA KETUA MENTERI BINA MASA DEPAN MELAKA DENGAN TVET
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab...

