
Maskot panda dan dinosaur sambut murid SK Kampung Tun Razak
BUKIT KATIL 11 Mac – Kehadiran maskot panda dan dinasour bukan sahaja memeriahkan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak, sebaliknya inisiatif itu amat berkesan bagi mengelakkan daripada berlakunya ‘drama’ air mata khusus dalam kalangan murid tahun satu dan prasekolah.
Hari pertama persekolahan sesi 2024 penuh ceria dengan dua maskot itu memainkan peranan memujuk dan menarik minat murid untuk masuk ke kelas.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, ibu bapa mula menghantar anak masing-masing sekitar jam 7 pagi, namun tidak semuanya berjalan lancar, apabila guru bersama ibu bapa terpaksa memujuk si cilik yang membuat ragam kerana enggan masuk ke kelas.
Bagi ibu kepada murid tahun satu Siti Halimah Mohd Amin, 41, berasa bersyukur kerana anaknya positif dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan.
“Anak tidak buat ragam, semuanya terkawal lebih menggembirakan apabila saya lihat dia teruja berjumpa rakan-rakan baru.
“Jam 6 pagi anak sudah bangun, katanya dia tidak sabar untuk ke sekolah. Dia juga tidak janggal berada dalam kelas mungkin kerana sudah kenal murid lain ketika menghadiri sesi orientasi Sabtu lalu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA LOKASI SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Pantai Tanjung Bidara bakal menjadi lokasi Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026. Ketua Menteri...
460 KHATAM AL-QURAN DI TANJUNG BIDARA SEMPENA RAMADAN
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Seramai 460 warga Tanjung Bidara berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan tahun ini. Ia buat julung...
AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM
MERLIMAU 15 Mac - Tawaran ayam segar dengan harga serendah RM5 seekor di Pasar Tani Merlimau laris apabila sebanyak 3,000...
KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu...
HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Sempena tiga tahun mentadbir negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bakal memberikan...
‘HARI INI SAYA BUKAN KETUA MENTERI, SAYA DAK RAOP ANAK JATI MASJID TANAH’
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Bukan komited memajukan negeri, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga membuktikan...
