
Prestasi Ragbi Melaka semakin baik
AYER KEROH 23 Ogos – Pasukan ragbi Melaka berjaya menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, tahun ini.
Walaupun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, namun skuad lelaki dan wanita Melaka membuktikan mereka mampu memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain sehingga berjaya mara ke suku akhir.
Walaupun tidak menepati sasaran untuk sampai ke kelompok empat terbaik, namun pencapaian pasukan ragbi pada temasya kali ini tetap membanggakan apabila mengakhiri saingan di tempat ketujuh dan keenam bagi pasukan lelaki dan wanita.

Menurut Melaka Rugby dalam satu kenyataan, pencapaian itu tetap membanggakan kerana ia menunjukkan peningkatan berbanding temasya SUKMA edisi lalu.
“Jutaan terima kasih kepada Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer selaku Presiden Persatuan Ragbi Melaka yang juga bapa angkat sukan ini pada temasya SUKMA XXI Sarawak.
“Terima kasih juga buat semua pengurusan Melaka Rugby serta jurulatih dan pemain Melaka,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
