
Raptai Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka berjalan lancar
SERI NEGERI 23 Ogos – Lebih 200 penerima sesi pertama menghadiri raptai penuh Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-75 Tahun 2024.
Sesi raptai tersebut dimulakan dengan istiadat kawad kaki sebelum masuk ke dewan istiadat.
Pada sesi raptai itu, Datuk Pengelola Istiadat, Ahmad Azlan Ahmad Salleh menyampaikan taklimat pergerakan penerima dan tetamu pada istiadat terbabit.
Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima dan turut menyampaikan taklimat istiadat.
Difahamkan kesemua penerima yang hadir pada raptai penuh hari ini merupakan penerima sesi pertama iaitu pada Ahad, 25 Ogos ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
