
PESARA BANK WANITA KERUGIAN RM1.98 JUTA ANGKARA “LOVE SCAM”
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan pada 4.10 petang semalam daripada pesara berusia 64 tahun itu yang merupakan mangsa penipuan yang berlaku di Bukit Jelutong di sini membabitkan penerimaan satu bungkusan.
“Untuk menebus bungkusan tersebut, wanita tempatan yang merupakan pengadu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hussein berkata susulan itu pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.
Beliau menasihati orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan penipuan tersebut dan jangan melayan mereka yang tidak dikenali di media sosial.
“Jangan mudah percaya dengan kenalan di media sosial. Semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon serta akaun di https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 5,000 PARKIR, ‘SHUTTLE BUS’ MUDAHKAN PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka menyediakan hampir 5,000 lot parkir awam di 11 lokasi sekitar Klebang bagi...
MELAKA SAMBUT MERDEKA TEPI LAUT, 3 KAPAL PERANG TLDM ‘BERLABUH’
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka tahun ini tampil lebih istimewa apabila tiga kapal...
KOMPLEKS IKAN BAKAR BERKONSEP EROPAH ADA DI TELOK MAS
TELOK MAS 21 Ogos - Industri pelancongan berasaskan makanan terus diperkasakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila Medan...
MELAKA SASAR TUBUH MAHKAMAH UTAMA SYARIAH 2027
AYER KEROH 21 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memperkasakan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, termasuk usaha memperkukuh...
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
