
PEMANDU E-HAILING BAWA KECERIAAN UNTUK ANAK YATIM
DUYONG 3 September – Atas dasar mahu menceriakan golongan kurang berbasib baik, pemandu Maxim e-hailing Kuantan, Pahang sanggup menempuh perjalanan sejauh hampir 300 kilometer bagi meraikan warga Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (Jabatan Kebajikan Masyarakat) (RBL Melaka).
Ketua Bahagian Maxim Melaka, Ab Awad Aizat berkata, program berlangsung pada 31 Ogos lalu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.
Katanya, pihaknya mengatur pelbagai aktiviti menarik selain menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan bagi menceriakan anak-anak yatim berkenaan.
“Melihat senyuman dan gelak tawa anak-anak kurang bernasib baik ini memberikan kepuasan kepada kami. Pemandu e-hailing turut bersama anak-anak diraikan dalam setiap aktiviti diatur.
“Selain barangan keperluan kami turut menyerahkan sumbangan alat tulis, buku dan peralatan elektronik, semoga pembelian ini memberi manfaat kepada mereka semua,” katanya.
Ab Awad berkata, program dimulakan tahun lalu itu adalah sebagai simbol keprihatinan pihaknya yang mahu berkongsi kegembiraan dengan membantu mereka yang memerlukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘QR TAGGING’ LEMBU, KERBAU BANTU TANGANI KES HAIWAN BERKELIARAN DI JASIN – MPJ
MERLIMAU 17 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang menjadi perintis kepada pengenalan sistem 'QR...
7,400 GAMATKAN SEPETANG WARISAN SANTAI@BANDA HILIR
BANDA HILIR 17 Mei - Perkarangan Bangunan Stadthuys, di sini, meriah apabila dibanjiri kira-kira 7,400 pengunjung sempena Program Sepetang Warisan...
KOTA LAKSAMANA MENUJU PEMBANGUNAN LEBIH HOLISTIK
BANDARAYA MELAKA 17 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana terus mencatat perkembangan positif apabila pelbagai inisiatif pembangunan giat...
PELANCONGAN MELAKA MERIAH SETIAP BULAN
BANDA HILIR 17 Mei - Kerajaan Negeri akan terus memperhebat penganjuran acara berskala besar setiap bulan sepanjang Tahun Melawat Melaka...
MBMB BELI MINYAK MASAK TERPAKAI RM3.20 SEKILOGRAM
AYER KEROH 16 Mei - Sebanyak 2.5 tan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan menerusi Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB)...
BANDA HILIR ‘HIDUPKAN’ PERMAINAN RAKYAT
BANDA HILIR 16 Mei - Permainan rakyat yang pernah menjadi medium penyatuan masyarakat suatu ketika dahulu wajar dihidupkan semula menerusi...
