
Belanjawan 2021 Negeri Melaka perlu perkasa peranan JPKK
AYER KEROH 10 Dis. – Belanjawan 2021 Negeri Melaka perlu memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi menggerakkan pentadbiran setiap kampung di negeri ini.
Datuk Hasan Abd Rahman (BN-Sungai Rambai) berkata, ia termasuk memberi tumpuan kepada peruntukan khas tahunan JPKK dalam memperkasa tanggungjawab mereka.
“Kita tahu perkara-perkara berimpak tinggi itu memang urusan Ketua Menteri, Exco dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebaliknya di kampung, masyarakat memang bergantung harap kepada JPKK,” katanya ketika perbahasan pada hari kedua Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.
Katanya, sering kali isu kampung yang dibawa JPKK menghadapi jalan buntu disebabkan mereka mempunyai kekangan besar untuk menguruskan kampung.
“Saya rasa perlu ada satu bajet khusus kepada JPKK seperti elaun bagi mereka menjaga masyarakat dalam setiap kampung masing-masing.
“JPKK merupakan tonggak di sesebuah kampung di bawahnya ada lembaga masjid, persatuan belia, rukun tetangga dan banyak lagi,” katanya.
Katanya sudah sampai masa JPKK diberi peranan penuh untuk menjaga kemajuan dan keselamatan kampung supaya setiap kampung menjadi lebih agresif.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
