
RALLY OF ASAHAN GAMIT PEMINAT SUKAN LASAK
REMBIA 9 Disember – Peminat acara sukan permotoran, jangan lepaskan peluang menghadiri Rally Of Asahan 2024 yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Disember ini.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata acara sukan permotoran itu bakal diadakan di Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh dan Estet Nyalas, Kampung Gubah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata orang ramai khususnya peminat aktiviti sukan lasak dijemput memeriahkan program tersebut.

“Semua dijemput hadir ke Rally of Asahan 2024 yang penuh aksi dan keterujaan dan saksikan kehebatan pelumba-pelumba handalan di laluan mencabar sekitar Asahan.
“Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan acara sukan permotoran ini. Hadir dan rasai sendiri debaran serta semangat sukan permotoran yang bakal menggamatkan bumi Asahan.
“Jom, gegarkan Asahan, sejahtera bersama!,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
260 KRT MELAKA BEREVOLUSI, JADI NADI PENGGERAK PERPADUAN
AYER KEROH 12 Disember - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan di negeri ini telah jauh berubah menjadi sebuah komuniti...
MICTH FOKUS INFRASTRUKTUR DIGITAL, INISIATIF AI
BANDA HILIR 12 Disember - Melaka ICT Holdings (MICTH) memfokuskan pembangunan infrastruktur digital dan pelaksanaan inisiatif berasaskan kecerdasan buatan (AI)...
MELAKA PERHEBAT KEMPEN INTERNET SELAMAT, TANGKIS ANCAMAN ‘SEXUAL GROOMING’
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan Negeri akan memperluaskan pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) tahun hadapan dengan fokus lebih mendalam...
BUNYI BISING BELAKANG RUMAH RUPANYA ULAR SAWA 100KG
MERLIMAU 12 Disember - Penghuni sebuah rumah di Kampung Sebatu, di sini, gempar apabila menemui seekor ular sawa sepanjang 6.5...
HIV: MELAKA PERLUAS KLINIK ‘MESRA STI’ DI SETIAP DAERAH
AYER KEROH 12 Disember - Melaka terus komited dalam usaha memperkukuhkan saringan HIV dengan memperluaskan Klinik Mesra STI (STI Friendly...
MELAKA CATAT LONJAKAN PENDAPATAN LUAR BIASA
BANDA HILIR 12 Disember - Prestasi kewangan Melaka terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan peningkatan pendapatan luar biasa sebanyak 21...
