
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember – Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata secara kumulatif, jumlah kes demam denggi sehingga kini adalah sebanyak 118,291 kes dengan 111 kematian berbanding 114,365 kes dan 87 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
“Terdapat 32 lokaliti aktif hotspot yang dilaporkan pada ME49. Daripada 32 lokaliti, 18 lokaliti adalah di Selangor, empat lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing dua lokaliti di Pulau Pinang dan Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hujan berterusan dan sampah yang hanyut akibat banjir boleh menyebabkan bilangan bekas takungan air yang menjadi habitat nyamuk Aedes meningkat.
“Oleh itu, adalah penting bagi masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif termasuk memastikan semua bekas berpotensi pembiakan segera dihapuskan dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong sejurus selepas banjir surut,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CINTA PADA ISLAM BAWA NURAZEERA KE JINJANG PELAMIN
KESIDANG 24 Jun - Cinta berputik bukan sekadar membawanya ke jinjang pelamin, tetapi nikmat paling besar buat wanita ini adalah...
TUJUH DITAHAN BANTU SIASAT KES PERGADUHAN DI BEMBAN
JASIN 24 Jun – Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang mengakibatkan dua lelaki...
WRUR RIM: PERMUDAH RAKYAT LUAR BANDAR DAPAT BANTUAN, MAKLUMAT
RIM 24 Jun - Sambutan menggalakkan penduduk terhadap Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim membuktikan...
PERZIM ANJUR DUA FESTIVAL ANGKAT KEUNIKAN WARISAN MELAKA 3-5 JULAI INI
TELOK MAS 24 Jun - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan Festival Masakan Warisan Melaka 2026 yang berlangsung di perkarangan...
WRUR KONGSI ILMU BAJA ORGANIK KEPADA PEKEBUN RIM
RIM 24 Jun - Penganjuran program pembuatan baja organik dalam kalangan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan diperluaskan dengan...
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
