
SAMB RAIKAN KAKITANGAN
BANDA HILIR 25 Disember – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menghargai kakitangannya pada Majlis Makan Malam SAMB 2024 di sebuah hotel di sini malam tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata majlis tersebut bertujuan meraikan semua kakitangannya SAMB.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SAMB berkata kali terakhir SAMB mengadakan majlis menghargai kakitangan adalah pada tahun 2000.
“Pada majlis ini juga kita turut meraikan 27 kakitangan SAMB yang akan menamatkan perkhidmatan atau bersara.
“Majlis Makan Malam SAMB 2024 ini khusus untuk menghargai kakitangan serta semua warga kerja SAMB, agar berkhidmat dengan lebih gigih selain komited menuju ke tahun 2025 yang mungkin lebih mencabar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam SAMB di sebuah hotel di sini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latif.
Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan SAMB, Hanim Ghauth dan Ahli Lembaga Pengarah SAMB, Datuk Wira Zainal Abu serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari...
PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon daripada enam kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: PAS BERTANDING DI PAYA RUMPUT DAN BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 29 Oktober - PAS mengesahkan akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
KETUA MENTERI TERIMA IJAZAH DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN UKM
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat mendorong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
TOK HAMEED TURUN PADANG TINJAU PARAS AIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 29 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer turun padang...

