PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN

Masa Membaca:43 Saat

BUKIT KATIL 29 Oktober – Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) PRN Melaka 2026 di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, di sini, malam ini.

Dr. Mohd Yadzil merupakan penyandang kerusi DUN berkenaan selepas memenangi PRN Melaka 2021.

Beliau memenangi kerusi DUN Bemban atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan majoriti 328 undi sebelum menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) selepas dipecat daripada Bersatu pada Februari 2026.

PRN Melaka Ke-16 menyaksikan BN memperuntukkan 21 daripada 28 kerusi DUN untuk ditandingi gabungan itu, manakala baki tujuh kerusi diserahkan kepada PAS dan rakan strategiknya susulan rundingan pembahagian kerusi.

Hari pengundian PRN Melaka ditetapkan pada 14 November ini, manakala penamaan calon berlangsung pada 31 Oktober.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

270
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: PAS BERTANDING DI PAYA RUMPUT DAN BUKIT KATIL
Next post PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN