
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober – Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari pertama beliau mentadbir Melaka dengan matlamat untuk memastikan kesenangan dan keselesaan anak-anak jati negeri ini pada masa hadapan.
Dr. Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, kemahuan itulah yang menjadi pembakar semangat dan mendorong beliau untuk terus bekerja demi rakyat Negeri Melaka.
“Saya sudah berusia 65 tahun, kalau tanya saya, apa guna saya bekerja pagi, petang, siang malam, subuh dan senja.
“Semuanya kerana saya mahu memastikan anak-anak kita yang kita kendong hari ini yang kita dukung hari ini nanti, 10 ke 20 tahun akan datang menikmati kejayaan yang kita warisan kepada mereka,” kata Ketua Menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makan Malam Santai Bersama Ketua Menteri Melaka PDM Pengkalan Balak & Sungai Baru Tengah, di sini, semalam.
Katanya, rakyat Melaka juga perlu bijak memilih pemimpin agar kelangsungan nikmat serta kejayaan dicapai sekarang akan berpanjangan.
“Jangan salah perancangan, jangan salah buat perhitungan, kerana takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) bersetuju memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon daripada enam kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: PAS BERTANDING DI PAYA RUMPUT DAN BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 29 Oktober - PAS mengesahkan akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...
KETUA MENTERI TERIMA IJAZAH DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN UKM
TANJUNG BIDARA 29 Oktober - Komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat mendorong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
TOK HAMEED TURUN PADANG TINJAU PARAS AIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 29 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer turun padang...
