
BAJET MELAKA 2025 KOMPREHENSIF DAN MAMPAN – MBMB
SERI NEGERI 2 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyifatkan Bajet Melaka 2025 sebagai amat positif kerana turut merangkumi pelbagai aspek kemasyarakatan.
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), beliau melihat bajet tersebut komprehensif dan mampan.
Katanya, MBMB menyahut saranan Kerajaan Negeri untuk menambah baik tatakelola seterusnya menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat khasnya.
“MBMB bersedia dalam memastikan kawasan pelancongan utama Negeri Melaka ditambah baik dengan pelbagai infrstruktur untuk menarik lebih ramai pelancong bersempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025 ) September ini.
“Apatah lagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf mengumumkan akan melanjutkan Tahun Melawat Melaka, produk-produk seperti Melaka Bila Larut Malam dan Zon Bebas Kenderaan diteruskan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shadan berkata tumpuan MBMB untuk tahun ini adalah menyelesaikan isu banjir berulang di kawasan Bukit Rambai.
Menerusi Bajet Melaka 2025, MBMB akan menaik taraf Trek Pejalan Kaki di tapak lama monorel dengan dan dijangka siap pada 2026.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
