
BAJET MELAKA 2025 DEKAT DI HATI RAKYAT, MANFAAT BUAT MASYARAKAT – MPHTJ
SERI NEGERI 2 Januari – Yang Dipertua iMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron menyifatkan Bajet 2025 sebagai menyeluruh dan dekat di hati rakyat.
Sapiah berkata, MPHTJ berkata sangat berpuas hati apabila melihat inisiatif Bajet2025 yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 27 Disember lalu.
Beliau berharap Bajet 2025 akan memberi impak positif dan pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai inisiatif dan insentif yang akan dilaksanakan.
“Bagi konteks MPHTJ, kami secara keseluruhan menyambut baik bajet dibentangkan Ketua Menteri dan sepanjang 2025 pelbagai inisiatif untuk memberi keselesaan kepada rakyat, pengunjung serta pelancong akan diberi perhatian.
“Kami bercadang untuk menyediakan tapak karavan (RV) di Tasik Ayer Keroh dan menaik taraf sistem perkhidmatan berkaitan masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambah beliau, aspek perkhidmatan, pembayaran dalam talian dan kerja-kerja pembaikan infrastruktur dalam kawasan MPHTJ juga akan diberikan perhatian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
