
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari – Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pembentangan bajet oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 27 Disember lalu disifatkan sebagai amat positif.
“Diperingkat MPAG, Bajet Melaka 2025 sangat menyeluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk MPAG bersedia membantu Kerajaan Negeri daripada pelbagai sudut, contoh inisiatif satu PBT satu ambulans yang amat berguna dalam menyokong pelaksanaan Paramedik Komuniti (PARAKOM).
“Selain itu antara projek akan dilaksanakan MPAG pada 2025 adalah pencahayaan di Dataran Keris dan sembilan lokasi lain sekitar Alor Gajah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, menerusi Bajet Melaka 2025, MPAG juga dalam perancangan menaik taraf aspek keselamatan di kawasan riadah.
“Antara fokus kami adalan kerja naik taraf kawasan rekreasi Bukit Beringin dan kemudahan-kemudahan permainan taman perumahan dalam kawasan pentadbiran MPAG,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BERI NILAI TAMBAH UNTUK MELAKA
SERI NEGERI 24 Disember - Projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang akan dibangunkan di tapak Bazar Melaka Sentral bermula Jun...
JASIN MENUJU DAERAH MESRA PELABUR 2026
JASIN 24 Disember - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mahu menjadikan Jasin sebagai sebuah daerah mesra pelabur yang menawarkan persekitaran pelaburan...
SASAR 50,000 ORANG MELAKA GUNA APLIKASI MYSAMB
ALOR GAJAH 24 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menyasarkan 50,000 pengguna akan mendaftar dan menggunakan aplikasi MySAMB menjelang...
‘KITA TIDAK RAIH SIMPATI, TAPI JANGAN KITA DIMAKI..’
ALOR GAJAH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluahkan rasa dukacita terhadap tindakan beberapa pemimpin...
SAMB TAJA 30 KAKITANGAN TUNAI UMRAH
ALOR GAJAH 23 Disember - Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah 30 kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) apabila menerima...
APLIKASI MYSAMB LONJAKAN INOVASI SAMB
ALOR GAJAH 23 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melakukan lonjakan inovasi apabila melancarkan aplikasi MySAMB dalam menyediakan perkhidmatan...
