
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah Jasin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, esok.
Program anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) MAIM itu diadakan bersempena Jualan Agro Madani yang dianjurkan FAMA Melaka.
MAIM dalam satu kenyatan memaklumkan program tersebut dijadual bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Jelas MAIM, orang ramai hanya perlu membawa beg plastik atau beg kitar semula sendiri bagi mengambil barangan keperluan asas seperti pakaian dan pelbagai barangan terpakai yang disediakan secara percuma.
Bagaimanapun, pemberian itu khusus untuk golongan asnaf dan mereka yang tergolong di bawah keluarga B40.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi BSAT di talian 010-8717030 atau 06-2868109.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT GURU MUDA JAIM TERUS TABUR BAKTI
BANDA HILIR 4 Julai - Pengiktirafan diterima daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjadi suntikan semangat buat 149 penerima Anugerah...
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...
TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU
SERKAM 3Julai - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
