
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah Jasin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, esok.
Program anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) MAIM itu diadakan bersempena Jualan Agro Madani yang dianjurkan FAMA Melaka.
MAIM dalam satu kenyatan memaklumkan program tersebut dijadual bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Jelas MAIM, orang ramai hanya perlu membawa beg plastik atau beg kitar semula sendiri bagi mengambil barangan keperluan asas seperti pakaian dan pelbagai barangan terpakai yang disediakan secara percuma.
Bagaimanapun, pemberian itu khusus untuk golongan asnaf dan mereka yang tergolong di bawah keluarga B40.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi BSAT di talian 010-8717030 atau 06-2868109.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘MOMENTUM KALI INI LUAR BIASA’ – RAIS
SUNGAI UDANG 13 November – Deruman kira-kira 250 motosikal bersama penyertaan penghantar makanan, penggiat e-hailing dan pemandu lori mewarnai gerak...
PRN MELAKA: 1,000 ANAK RANTAU PULANG KE ASAHAN SAMBUT ‘RAYA’
ASAHAN 13 November - Kepulangan lebih 1,000 anak perantau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sempena hari pengundian Pilihan Raya...
PRN MELAKA: CIKGU MUSTAFA SERU ANAK PERANTAU PULANG UNDI BIRU
DURIAN TUNGGAL 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa...
500 JEMAAH SERTAI MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT PERINGKAT DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 13 November - Kira-kira 500 jemaah hadir bagi bersama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Peringkat Dewan...
PRN MELAKA: ‘YANG KIRI BOLEH BAGI JANJI, YANG KANAN BOLEH BAGI BUKTI’ – HELMY
DUYONG 13 November - 'Yang kiri boleh bagi janji, yang kanan boleh bagi bukti' menjadi mesej calon Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: MISI BAWA KELUAR PENGUNDI PUTIH, RAIS TIDAK MAHU JENTERA ALPA
SUNGAI UDANG 13 November – Baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kurang 24 jam perlu dimanfaatkan sepenuhnya...
