
Mayat bakal pengantin ditemukan
MARANG 27 Dis – Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lepas, ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman di sini pagi ini.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Kuala Lumpur ditemukan pada 8.55 pagi oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan di pantai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata ayah mangsa Kamaruddin Abdullah, 59, telah dipanggil untuk membuat pengecaman dan mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah anaknya berpandukan beberapa identiti.
“Mayat dijumpai dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecederaan dan akan dihantar ke forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
“Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Kelulut ditamatkan dan tumpuan akan diberi untuk satu lagi operasi mencari lelaki yang masih belum ditemukan di Pantai Jambu Bongkok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Naim Hariri datang ke Terengganu pada Khamis lepas dijadualkan bernikah dengan tunangnya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung semalam. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...
DARI LESONG BATU KE PENTAS NASYID NEGARA, SOFWATUL ITTIHAD HARUMKAN NAMA MELAKA
MACHAP JAYA 21 Julai - Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi apabila kumpulan nasyid Sofwatul Ittihad dari Sekolah Kebangsaan (SK)...
BLOK BAHARU MMC SIAP 2028, BUKA PELUANG PEKERJAAN BAHARU
BANDA HILIR 21 Julai - Pembinaan blok hospital baharu setinggi 10 tingkat Mahkota Medical Centre (MMC) dijangka siap pada 2028,...
PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERIMA 339,398 PENGUNJUNG SETAKAT JUN
BANDA HILIR 21 Julai - Seramai 339,398 pengunjung luar direkodkan menerusi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini bagi tempoh Januari...
KEJATUHAN RUPIAH TIDAK JEJASKAN KEMASUKAN PELANCONG INDONESIA KE MELAKA
BANDA HILIR 21 Julai - Kemerosotan nilai Rupiah Indonesia tidak menjejaskan kemasukan pelancong kesihatan dari negara itu ke Melaka. Ketua...
