Usahawan muda perlu berpersatuan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER MOLEK 27 Dis. – Mana-mana usahawan terutama golongan muda yang menceburi bidang terbabit diminta tampil bagi mendapatkan pendedahan berkaitan perniagaan daripada agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan bersama usahawan yang memerlukan bimbingan di negeri ini dengan menawarkan pelbagai manfaat yang dikelolakan agensi berkaitan.

Jelasnya, pelbagai pelbagai agensi kerajaan sedia menawarkan peluang dan perlu direbut usahawan muda dalam memperkasa bidang berkenaan ke arah yang lebih maju.

“Seperti agensi MARA, TEKUN NASIONAL, dan SME Corp menawarkan pelbagai peluang buat usahawan di negeri ini dengan pelbagai geran termasuk pembiayaan pinjaman khusus buat mereka.

“Perkara ini akan membantu usahawan muda untuk menyediakan pelbagai kelengkapan keperluan dalam perniagaan mereka dan apa yang penting mereka perlu tampil bertemu kami untuk kita bimbing mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Makan Malam Persatuan Usahawan Automotif Melaka (PUAM), di Taman Sri Balkis, di sini malam tadi.

Dalam pada itu beliau mencadangkan usahawan di negeri ini menubuhkan persatuan bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan dan inisiatif kepada golongan itu.

“Usahawan mesti kena berpersatuan kerana itu akan memudahkan untuk kita mendengari suara mereka kerana mereka dalam kelompok yang besar sekali gus membantu kerajaan untuk menguar-uarkan hasrat kerajaan bagi membantu dan mencapai impian mereka,” katanya.

Views:

953
Kongsi :
Previous post Mayat bakal pengantin ditemukan
Next post Dua hari dapat 6,516 pengunjung
Ubah saiz-+=