
KANAK-KANAK LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN DI PPR KRUBONG
PAYA RUMPUT 16 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut dalam kebakaran di Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng Pegawai Bomba Kanan I (TBK I) Mohd Lokman Ghani memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.30 petang tadi dan menggerakkan seramai 17 anggota termasuk dari balai bantuan, BBP Ayer Keroh ke lokasi.
Menurutnya, anggota bomba tiba kira-kira lapan minit kemudian dan mendapati kebakaran berlaku membabitkan sebuah rumah yang berada di tingkat 6 PPR berkenaan.
“Peratusan kebakaran adalah 50 peratus daripada rumah berkeluasan 20×40 kaki persegi itu dan api berjaya dikawal pada jam 3.24 petang menggunakan kaedah satu aliran dua pancutan 300 kaki dari jentera.
“Terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditemui meninggal dunia,” katanya.

-BERITA LANJUT MENYUSUL-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
